when the time tip toes~


~rayani :)





szymon:

Sweet Meats Plush toys from Lauren Venell


Super Junior Ki Bum will be joining both Super Junior and Super Junior-M comeback!!!!

ryeonggoo:

shawolelfforever:

yes your seeing it right he will be a part of sujuM(:

OMGGGG WHATTT. KEKEKE. YAAAY! :))

IS THIS 1000000% CONFIRMEDDD??



when u feel realy down..u can hear this song :)



cerita bulu mata~

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,

“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,

“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,

“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,

“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,

“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,

“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,

“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,

“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”



7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi :)

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.




jujurlah walaupun dengan TOMYAM :)

Matahari terpacak kemas di dada langit. Penat dan lapar. Saya dan Rohayu singgah sebentar untuk rehat sambil lunch di pasar pekan Pasir Puteh. Kami memesan Tom Yam. Lama tak merasanya sejak keluar dari Nilam Puri. Dengan penuh semangat saya menyantapnya, alamak ! … awat tawar macam ayaq ? Ni sup ke tom yam? Harga standart dah RM 3.50, pak cik Mawi kat Nilam Puri tu jual RM2.50 tapi rasanya power la juga..sikit.

MasyaAllah. Saya terfikir, agak-agak la, mak cik yang masak Tom Yam tu pernah rasa tak Tom Yam buatan nya sendiri? Ha..anda bayangkanlah sendiri. 

Imbas kembali sirah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Seorang budak yang menjual susu di sebuah kampung tak tergamak menurut kata ibu nya agar menambah sedikit air ke dalam susu. Si ibu memikirkan keuntungan dunia tapi si anak memilih untuk mencari keberkatan akhirat. “Memang Umar tak nampak, tapi Tuhan Umar (Allah) nampak” ujar budak tersebut kepada ibu nya.

Kalau di fikirkan, setempayan susu di tambah dengan segelas air, tak banyak terjejas pun rasanya. Tapi seperiuk Tom Yam yang langsung tak ada rasa Tom Yam, apa ke jadahnya ? 

Banyak atau sedikit itu lain kisahnya pula. Persoalannya sekarang ialah berat sangat kah untuk kita berlaku jujur hatta dalam masakan?

Untung rugi manusia di dunia di dalam percaturan Allah. Tapi andai rezeki kita dari usaha yang tidak menghalalkan cara, hasilnya cuma perut yang kenyang tapi hati tak tenteram. 

Saya menyeru kepada ahli perniagaan di luar sana, tak kisah lah berniaga kecil-kecilan, syarikat besar, hatta menjual gula-gula sekalipun, berlaku jujurlah. Rezeki Allah dah siapkan, Duit pula di cetak setiap hari, tapi keberkatan hanya ada pada kejujuran



wohooo..best lagu nie..enjoyyy :)



everyday is fairytale~

Today was a fairytale
You were the prince
I used to be a damsel in distress
You took me by the hand and you picked me up at six
Today was a fairytale

Today was a fairytale

Today was a fairytale
I wore a dress
You wore a dark grey t-shirt
You told me I was pretty when I looked like a mess
Today was a fairytale
Time slows down whenever you’re around

But can you feel this magic in the air?
It must have been the way you kissed me
Fell in love when I saw you standing there
It must have been the way
Today was a fairytale
It must have been the way
Today was a fairytale

Today was a fairytale
You’ve got a smile that takes me to another planet
Every move you make everything you say is right
Today was a fairytale
Today was a fairytale
All that I can say is it’s getting so much clearer
Nothing made sense until the time I saw your face


11
To Tumblr, Love Metalab

Get Tumblr Layouts